PENGENALAN
WIRA GEMILANG CONSULTANCY ditubuhkan sebagai sebuah syarikat yang menganjur dan mengendalikan program-program berbentuk seminar, bengkel, kursus dan khidmat nasihat serta program-program yang berkaitan dengan bidang pendidikan dan latihan.
Syarikat ini diterajui oleh En. Mohd Fauzi bin Soaimain yang juga merupakan Pengarah Urusan, Wira Gemilang Consultancy. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dan panganjuran program-program pendidikan yang berfokuskan akademik ataupun bukan akademik serta program-program yang berkaitan dengan ko-kurikulum dan sahsiah, di samping pembentukan jati diri dan modal insan. Pengalaman lebih 8 tahun telah menjadikan beliau memahami sistem, persekitaran dan kehendak pelanggan sekaligus menjadi teras utama dalam memimpin syarikat bagi melaksanakan program – program bercorak perkhidmatan & pendidikan untuk melahirkan insan yang bersahsiah tinggi dan berwawasan, positif seterusnya menghasilkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang selaras dengan aspirasi negara.
Sebagai syarikat konsultan pendidikan kami menyedari bahawa program-program bercorak pendidikan amat penting kepada pihak sekolah di mana kami turut membantu menyediakan program-program inovasi terkini untuk kecemerlangan pelajar dan Program Pembangunan Modal Insan untuk perkembangan staf dan juga khusus untuk ibu bapa dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan generasi kini yang bakal menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang. Di samping itu, kami juga menyediakan program-program untuk organisasi-organisasi yang lain seperti IPTA, IPTS, kolej-kolej matrikulasi, politeknik dan sebagainya.
VISI
Menjadi sebuah syarikat pilihan utama dalam perkhidmatan perundingan pendidikan dan latihan bagi institusi pendidikan, organisasi dan masyarakat.
MISI
Menyediakan perkhidmatan perundingan pendidikan dan latihan kepada institusi pendidikan, organisasi dan masyarakat melalui program-program pendidikan yang dibangunkan sebagai kesinambungan kepada sistem pendidikan negara dalam bersama-sama membangunkan dan membina generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.